skbrj.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RENGAM
JKR 1645, Jalan Besar Rengam, 86300 Kluang, Johor. Tel : 077535188, Faks : 077535188
e-mel : skbrj@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH

Dengan adanya kesedaran, pentingnya pendidikan formal kepada anak-anak Melayu ketika itu, maka selepas merdeka bangkitlah pelbagai usaha dan kerjasama di antara AJK UMNO serta wakil masyarakat setempat untuk menyediakan sekolah bagi anak-anak yang tinggal di kawasan itu. Atas persetujuan Menteri Besar Johor ketika itu, maka pada 5.1. 1959 sekolah ini telah dibuka seadanya dan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RENGAM.

Nama ini dipilih oleh kerana kedudukan sekolah ini adalah di dalam Kawasan Bandar Rengam dan juga merupakan sekolah kebangsaan yang pertama didirikan di kawasan itu. Bangunan sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan separuh papan bercantum di bawah satu bumbung. Bangunan ini adalah hak milik pertama Kerajaan Negeri Johor dan pada mulanya digunakan sebagai Pejabat Penolong Pegawai Daerah Sub: District Rengam.

Luas kawasan tapak ialah 1 R 32 Pols mengandungi 4 bilik darjah, 1 bilik guru besar, 1 bilik rehat dsn 1 bilik stor. Sekolah ini terletak di dalam Bandar Rengam. Bandar Rengam pula di kelilingi dengan ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Murid-murid sekolah ini kebanyakannya datang dari kawasan-kawasan ladang-ladang yang berhampiran.

Kemudahan perhubungan seperti keretapi, bas dan teksi terdapat di Bandar Rengam. Pencapaian sosial murid adalah campuran bandar dan ladang. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam telah ditubuhkan pada bulan November 1973. Usaha diteruskan oleh pihak sekolah , PIBG, AJK UMNO serta masyarakat setempat, maka pada tahun 1975, Iblok bangunan sekolah baru iaitu Blok A -dua tingkat yang terdiri dari 1 pejabat, 1 bilik guru , 6 bilik darjah dan 1 stor telah dibina di alamat JKR 1645, Jalan Besar Rengam, Kluang, Johor. Sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah kantin dan padang.

Bangunan siap dibina pada tahun 1978. Penyerah dilakukan oleh wakil JKR dan PPD Kluang kepada Guru Besar Tn. Hj. Kassim bin Abdullah. Dengan perasaan gembiranya, murid-murid sekolah lama bergotong-royong berarak ke pinggir Bandar Rengam berpindah ke bangunan sekolah baru. Bagi menapung pernambahan murid yang pesat, pada tahun 1985, 1 bangunan 3 tingkat iaitu Blok B telah dibina di belakang bangunan Blok A yang beralamat JKR 1854, Jalan Besar, Rengam, Kluang, Johor. Bangunan ini mempunyai 1 perpustakaan, 1 bilik tayang dan 8 buah bilik darjah dan 4 stor.

Pada tahun 2002, bangunan sekolah ditambah lagi iaitu Blok C. Bangunan ini 3 tingkat yang terdiri dari 1 pejabat, 1 perpustakaan, 1 bilik komputer, 1 bilik muzik, 1 bilik media, 1 bilik mesyuarat, 1 bilik Sains, 1 bilik Kemahiran Hidup, 6 bilik darjah dan 1 stor. Kini tahun 2008, 49 tahun berlalu, warga SK Bandar Rengam bersyukur segala kemudahan dan telah disediakan dari masa ke semasa. Terima kasih, Malaysia.

PERISTIWA BERSEJARAH

Pada tahun 1966, waktu zaman konfrantasi antara Indonesia dan Tanah Melayu, sebuah helikopter Tentera Udara Australia yang berpengkalan di Kluang berlegar-legar di ruang udara Bandar Rengam, tiba-tiba helikopter itu terhempas di padang bola jaring di tepi bangunan sekolah. Kipas helikopter itu terkena bangunan sekolah . Ketika itu murid-murid sedang menikmati makanan pada waktu rehat. Murid-murid dan guru-guru bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tiada korban jiwa yang berlaku hanya berberapa orang murid sahaja yang mendapat cedera ringan terkena serpihan bangunan akibat kipas helikopter itu. Walaubagaimanapun murid-murid dan guru-guru sekolah itu selamat.







 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: